web stats

Wednesday, 28 January 2015

Pengenalan Kepada Komputer

 

PENGENALAN
1. Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang digunakan untuk memproses data.
2. Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data: 
·                     Menerima arahan (input) dan memasukkan data daripada pengguna.
·                     Melaksanakan arahan (memproses) input/data yang diterima berbentuk pengiraan,
              logik memanipulasi data secara automatik dan sebagainya.
·                     Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder.
·                     Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan daripada kerja-kerja pemprosesan.
·                     Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-bila masa. 
3.  Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian: 
·                     i. Perkakasan
·                                             Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.
·                                             Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM, Tetikus (mouse),Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan lain-lain.
·                     ii. Perisian
·                                             a.Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita berhubung dengan komputer.
·                                             b. Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun yang perlu dipatuhi oleh komponen komputer untuk menghasilkan aktiviti tertentu. 
KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER 
1. Input 
·                     Menerima data arahan daripada pengguna dan untuk memasukkan data ke dalam computer.
·                     Contoh: Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse), Pengibas (Scanner)
2. Output 
·                     Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam bentuk tayangan atau cetakan (hardcopy). 
·                     Contoh:Monitor., Pencetak (Printer)
3. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
·                     Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data arahan daripada memproses data arahan yang diterima. 
·                     Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam storan sekunder atau  mengeluarkan kepada alat output.  
4. Ingatan 
·                     Kegunaannya:
·                                             Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic. 
·                                             Menyimpan arahan oleh pengguna.
·                                             Menyimpan arahan yang sedang diproses. 
·                     Terdapat dua (2) jenis ingatan:
·                                             i. ROM (Read Only Memory) – Ingatan bacaan sahaja. 
·                                             ii. RAM (Random Access Memory) – Ingatan secara rawak.
5. Storan Sekunder 
Contoh:Hard disk, Disket, CD-ROM, USBstorage 

No comments:

Post a Comment